Kategori & Tajuk

TAJUK
Menggunakan kaedah mnemonik untuk menentukan ciri-ciri imej yang terhasil oleh cermin dan kanta

KATEGORI
Amalan PdP dalam kelas
 
ABSTRAK

Topik ‘Geometrical Optics’ adalah salah satu topik penting yang diajar semasa semester kedua bagi matapelajaran Fizik. Pelajar sering mengalami masalah dalam mengingati dan mengenalpasti ciri-ciri imej yang terhasil oleh pantulan cahaya pada cermin dan pembiasan cahaya pada  kanta. Oleh itu, kami telah memikirkan satu kaedah penyelesaian iaitu kaedah mnemonik untuk mengenalpasti ciri-ciri imej yang terhasil. Kaedah ini sangat mudah untuk diingati dan dihafal oleh pelajar. Sasaran penggunaan kaedah ini adalah pelajar yang mengambil subjek Fizik SP 025 dan DF 024 (Modul 1 dan 2) di Kolej Matrikulasi Selangor. Hasil daripada teknik yang digunakan ini, kami mendapati pelajar lebih cekap dalam memahami dan menyelesaikan masalah bagi menentukan ciri-ciri imej  yang terhasil dari pantulan cahaya pada cermin dan pembiasan cahaya pada  kanta. Kaedah ini juga secara tidak langsung dapat membantu pelajar melukis gambar rajah sinar dengan tepat.



OBJEKTIF

1. Meningkatkan kefahaman pelajar dalam menentukan ciri-ciri imej yang terhasil oleh cermin  dan kanta.
2. Meningkatkan keyakinan pelajar dalam melukis gambar rajah sinar.
3. Membantu pelajar untuk menyemak jawapan mereka apabila menjawab soalan yang melibatkan pengiraan. 





KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran inovasi ini adalah pelajar Program Satu Tahun PST, Semester II, sesi akademik 2018/2019 yang mengambil subjek Fizik SP025. Tiga kumpulan praktikum terlibat dalam kajian ini iaitu SIK4T3 seramai 20 orang, S1K2T5 seramai 18 orang dan S1K5T4 seramai 19 orang.

No comments:

Post a Comment