Pelaksanaan Inovasi


Bagaimana pelaksanaan kaedah mnemonik diajar kepada pelajar bagi topik cermin dan kanta?

Topik yang melibatkan konsep cermin  dan kanta adalah topik yang diajar untuk semester II bagi kursus fizik. Topik ini juga disebut sebagai "GEOMETRICAL OPTICS"  yang merupakan topik ketujuh untuk semester II. Langkah-langkah yang dilaksanakan adalah seperti berikut:


Langkah 1 :
Ujian Awal (sebelum kaedah mnemonik diperkenalkan)

Pelajar telah diberi soalan pra untuk pensyarah mengetahui dan mengenalpasti kesediaan pelajar. Ini bertujuan untuk melihat tahap pemahaman pelajar terhadap topik ini kerana mereka pernah mempelajari semasa di peringkat sekolah. Soalan yang diberikan adalah seperti berikut:


Lihat Lampiran 1 untuk respon pelajar.


Langkah 2:  
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Topik "Geometrical optics".


    • Pada peringkat permulaan PdP, pensyarah akan memberi penerangan secara ringkas kepada pelajar mengenai tajuk yang mereka pelajari.
    • Pelajar telah ada pengetahuan awal mengenai tajuk ini kerana pelajar telah belajar semasa tingkatan lima.
    • Pensyarah akan mengajar perkara asas berkaitan cermin dan kanta. Pelajar diajar untuk mengenalpasti jenis cermin dan kanta.
      • Cermin terbahagi kepada dua iaitu cermin cekung (concave mirror) dan cermin cembung (convex mirror).
      • Kanta juga terbahagi kepada dua iaitu kanta cembung (convex lens) dan kanta cekung (concave lens).
    • Pensyarah juga akan memastikan pelajar dapat mengenalpasti dan menentukan kedudukan simbol-simbol penting seperti panjang fokus (focal length), F dan pusat kelengkungan (center of curvature), C.

    Langkah 3 :
    Melukis dan mengenalpasti imej yang terhasil.

    • Pensyarah melukis melukis gambarajah sinar di hadapan kelas.
    • Pelajar menyatakan 3 kaedah untuk melukis gambarajah sinar.
    • Pelajar melukis gambar rajah sinar untuk cermin cekung bagi 5 kedudukan objek yang berbeza dan 1 gambarajah sinar bagi cermin cembung. 
    •  Pelajar melukis gambar rajah sinar untuk kanta cembung bagi 5 kedudukan objek yang berbeza dan 1 gambarajah sinar bagi kanta cekung.




    Contoh lukisan yang diajar kepada pelajar semasa di dalam kelas:
    Proses PdP bersama pelajar di dalam kelas. Pensyarah melukis gambarajah cahaya dan kedudukan imej.


    Kedudukan imej menggunakan kaedah mnemonik
     ** Panduan : R - Real, I - Inverted, D- Diminished, S - Same size, M - Magnified, I - Infinity, V - Virtual, U - Upright



    Langkah 4 :
    Kaedah mnemonik
    • Pelajar menyatakan ciri-ciri imej yang terhasil oleh cermin cekung dan cermin cembung dari gambar rajah sinar yang dihasilkan.
    • Pensyarah menerangkan kaedah mnemonik untuk membantu pelajar mengingat seterusnya menjadikan mereka lebih yakin untuk menyatakan dengan tepat imej yang terhasil oleh cermin dan kanta.  

    Kaedah MNEMONIK bagi topik 

    Singkatan
    RID
    RIS
    RIM
    RI
    VUM
    Mnemonik
    RIDuan
    RISau
    nampak RIMau
    Run to Infinity
    VUMmmm
     
    Petunjuk :  R - Real (Nyata)
                      V - Virtual (Maya)
                       I - Inverted (Songsang)
                      U - Upright (Menegak)
                      M - Magnified (Membesar : size)
                      D - Diminshed (Mengecil : size)                  

                     
    ** Pelajar juga digalakkan untuk mencipta mnemonik menggunakan perkataan sendiri untuk mudah mengingati.

    Namun begitu, bagi cermin cembung dan kanta cekung, imej yang terhasil adalah tetap walau jarak objek dipelbagaikan. Imej yang terhasil adalah sentiasa VIRTUAL (V), UPRIGHT (U), DIMINISHED (D) ataupun singkatan adalah VUD.


    Contoh pembelajaran dan pengajaran semasa kelas. Penerangan diberikan oleh pelajar setelah menyelesaikan soalan.


    Pelajar mengaplikasikan konsep mnemonik semasa membuat pembentangan.

    Video penerangan oleh pelajar yang mengaitkan kaedah mnemonik untuk memahami ciri-ciri imej dengan lebih baik :



    Langkah 5 :
    Ujian selepas diperkenalkan kaedah mnemonik

    Pelajar akan diberi ujian untuk melihat tahap kemampuan pelajar terhadap kaedah yang diberikan. Hasil ujian boleh klik di sini.

    No comments:

    Post a Comment