Pre / Sebelum Inovasi



GEOMETRICAL OPTICS” ?
Geometrical Optics  adalah satu topik berkisarkan  kajian mengenai cahaya yang bergerak secara lurus tetapi boleh dipantulkan dan dibiaskan. Cahaya yang dipantulkan pada cermin atau dibiaskan pada kanta boleh dilukis dengan menggunakan kaedah gambar rajah sinar. Gambar rajah sinar ini dapat menentukan ciri-ciri imej yang dihasilkan oleh cermin dan kanta.


BAGAIMANA MELUKIS GAMBAR RAJAH SINAR UNTUK SATU CERMIN CEKUNG?


Semasa proses PdP bagi topik ini, pelajar akan diajar untuk melukis gambar rajah sinar seperti gambar rajah di atas dan perlu mengingati imej yang terhasil untuk setiap kedudukan imej. Namun, terdapat masalah yang telah dihadapi oleh pelajar. Apakah masalah itu?



APAKAH MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR?

Daripada temubual bersama pelajar, pensyarah mendapati bahawa
    (i)  Pelajar sukar untuk mengingati/menentukan ciri-ciri imej yang dihasilkan oleh cermin dan kanta terutama yang melibatkan cermin cekung dan kanta cembung. Ini disebabkan untuk cermin cekung dan kanta cekung, masing-masing mempunyai pelbagai jenis imej yang terhasil bergantung pada kedudukan objek.
   (ii) Melalui latihan yang dibuat semasa PdP untuk mendapati pelajar mengambil mas ayang lama untuk menyelesaikan soalan yang diberi terutama untuk menyatakan jenis imej yang terhasil. Pelajar masih keliru ketika menjawab soalan berkaitan menentukan jenis imej yang terhasil sama ada oleh cermin atau kanta. 
  (ii) Pelajar juga menyatakan bahawa mereka telah mempelajari berkenaan topik optik ini semasa berada di Tingkatan lima. Namun disebabkan faktor soalan untuk topik ini adalah soalan pilihan semasa peperiksaan SPM, pelajar kurang diberikan penerangan berkenaan topik ini 




 MAKA, APAKAH SOLUSINYA? 

Pensyarah memperkenalkan kaedah MNEMONIK untuk menentukan ciri-ciri imej yang terhasil oleh cermin dan kanta. 



Apakah yang dimaksudkan mnemonik? 

     Perkataan mnemonik ini berasal daripada bahasa Greek mnēmonikos, daripada perkataan mnēmōn yang bermaksud ‘mindfulness’, atau mimnēskesthai bermaksud ‘to remember’ iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda (mind). 
   
  "Pada intinya, mnemonik adalah teknik untuk memudahkan mengingat sesuatu. Secara lebih khusus, mnemonik berarti rumusan atau ungkapan untuk membantu mengingat-ingat sesuatu (Kamus Besar Bahasa Indonesia)."

     "Dan menurut Stine, mnemonik adalah kemampuan otak untuk menghubungkan kata-kata, ide, dan khayalan."

Berdasarkan definisi tersebut dapat dikatakan bahawa mnemonik adalah teknik untuk memudahkan mengingat sesuatu yang dilakukan dengan membuat rumusan atau ungkapan, atau menghubungkan kata, idea, dan khayalan. Mnemonik boleh menangkap maklumat dalam bentuk yang mudah untuk diingat bagi membantu seseorang itu mengingati sesuatu yang penting dan mustahak baginya. Mnemonik juga boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi untuk lebih cepat mengingat semua maklumat yang sering digunakan dan maklumat yang diperlukan segera ‘at their fingertips’.
 Oleh yang demikian, dalam membantu pelajar untuk menguasai topik Geometrical Optics dengan lebih mudah maka kaedah mnemonik digunakan. 

Jom klik di sini untuk melihat bagaimana pelaksanaan kaedah mnemonik bagi topik cermin dan kanta.

No comments:

Post a Comment